Blog ini mempaparkan tentang idea-idea yang diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah
Monday, August 2, 2010
Pembelajaran dan idea sebelum pembelajaran
Pembelajaran matematik merupakan satu pembelajaran yang memerlukan strategi yang berkesan bagi memastikan pelajar atau murid dapat menerima dengan optimum. Secara konsepnya, matematik adalah satu proses yang mana lebih kepada hubungan manusia dengan alam sekitar.Menjana idea untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan adalah amat penting. Sebagai seorang guru matematik, saya mendapati sesetengah pelajar saya sangat takut dengan matapelajaran ini. Dari soal selidik yang dijalankan, mereka menganggap subjek ini susah dan memerlukan kemahiran yang tinggi. Mereka juga tertanya-tanya, apa kepentingan mempelajari sesetengah tajuk seperti 'shape and space' kerana mereka berpendapat, tiada aplikasi untuk tajuk tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment