Sunday, April 5, 2015

upsr 2015

Upsr 2015, hanya 10 orang calon tahun ni tetapi..... Sedang mencuba pembelajaran alaf baru(kata orang la..), mencari nota,fakta,cara kerja,jalan kerja melalui dunia tanpa sempadan,berjaya ataupun tidak,tengok mana yang lagi berkesan..

Sunday, October 3, 2010

Maths Teaching Ideas for Young Children

The first step for children to gain maths skills is learning how to count. Think about what counting is: it's naming numbers in sequence. Start by counting to ten with your child, then increase the list as the child understands more. Make it active: name numbers together while pointing to fingers, and use both of your hands as the list grows. Nursery rhymes like 'One, two, buckle my shoe..' can help to act as memory aids, as can songs - they can be particularly good if you invent the songs with your child. The counting songs are more memorable since the child was involved in its composition, and you can sing the songs whilst out and about.

Another way to capitalise on the flexibility of the home education system is to encourage your child to count things whenever you're out, for example fruit stacked up in the supermarket, or cars in traffic, or pieces of chocolate as they're eaten - the latter a good incentive for counting! Use the dots on dice, during board game play, to help instill counting as a natural activity. These can also be used when your child has developed counting schools enough to learn about adding and subtracting: counting dice and squares on boards in games mean they will be adding and subtracting without realising they are learning.

The next step will usually be learning numbers by groups, such as the 5s, 10s, etc. Again, games can help: giving 'high fives' can be a useful way to learn the fives, for example. If you have a home education group of children, chanting these number groups together can be helpful, the children could be encouraged to get faster and/or louder as they gain confidence.

Thursday, September 30, 2010

Improving Mathematics Performance

Program matematik yang berkesan, pelajar belajar untuk memberi sebab dan berkomunikasi dengan matematik,nilai matematik dan yakin dengan keupayaan mereka untuk menyelesaikan masalah yang mana situasi yang mereka hadapi ialah situasi yang baru. Pelajar mesti dilengkapkan dengan menjadi seorang penyelesai masalah yang yakin dan berdaya saing. Kunci kejayaan dalam matematik ialah belajar dan sekaligus memahami apa yang mereka belajar. Dengan itu, mereka dapat menyelesaikan dan mengaplikasikan pembelajaran mereka dalam menghadapi situasi yang baru. Bagi memupuk semangat ingin belajar di kalangan pelajar, guru haruslah mempunyai idea dan daya penarik bagi memastikan pelajar tertarik dengan topik yang ingin diajar. Disinilah guru perlu merancang idea-idea yang sesuai bagi setiap topik.

Wednesday, August 4, 2010

Markah atau pembelajaran?

Tajuk di atas memang selalu menjadi pendebatan di peringkat sekolah, daerah,negeri atau kebangsaan sekalipun. Penilaian yang sebenar bagi memenuhi kehendak falsafah pendidikan negara selalu menjadi pertikaian di kalangan ahli akademik dan pengurus-pengurus pendidikan.Golongan yang tersepit adalah golongan guru yang mana merupakan golongan yang akan menjalankan tugas tersebut. Penukaran dasar daripada mengajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris ke bahasa melayu mungkin menambah lagi masalah-masalah di sekolah. Masyarakat sebenarnya telah dapat menerima pembelajaran dalam bahasa inggeris. Hanya segelintir sahaja yang membantah, yang mana mereka merujuk kepada markah penilaian yang rendah. Adakah kajian yang dijalankan merangkumi seluruh populasi pelajar di Malaysia? Itu yang menjadi masalah sebenarnya. Walau bagaimanapun, perkara yang paling penting perlu kita ingat adalah pembelajaran pelajar-pelajar itu sendiri. Sebenarnya, apa sahaja bahasa yang kita gunakan selagi ianya difahami oleh pelajar, selagi itulah sesi pengajaran dan pembelajaran boleh difahami oleh pelajar. Guru perlu menerapkan elemen-elemen yang bersesuaian dengan topik yang ingin diajar. Menjana idea pelajar adalah sangat penting bagi memastikan pelajar dapat memahami apa kehendak dan apa yang mereka sedang belajar. Hal inilah yang kebiasaannya menjadi isu guru-guru di sekolah. Mengajar sehingga mereka faham dan mencapai objektif serta hasil yang diingini atau mengajar sehingga selesai silibus sebelum peperiksaan bermula. Kekangan masa, pihak pentadbir juga menjadi salah satu persoalan yang mungkin tidak dapat dileraikan buat masa sekarang. Namun, guru-guru tidak menyalahkan sesiapa pun dalam hal ini. Mereka sedaya upaya mencuba supaya kedua-dua perkara yang disebutkan tadi dapat dicapai.

Monday, August 2, 2010

Pembelajaran dan idea sebelum pembelajaran

Pembelajaran matematik merupakan satu pembelajaran yang memerlukan strategi yang berkesan bagi memastikan pelajar atau murid dapat menerima dengan optimum. Secara konsepnya, matematik adalah satu proses yang mana lebih kepada hubungan manusia dengan alam sekitar.Menjana idea untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan adalah amat penting. Sebagai seorang guru matematik, saya mendapati sesetengah pelajar saya sangat takut dengan matapelajaran ini. Dari soal selidik yang dijalankan, mereka menganggap subjek ini susah dan memerlukan kemahiran yang tinggi. Mereka juga tertanya-tanya, apa kepentingan mempelajari sesetengah tajuk seperti 'shape and space' kerana mereka berpendapat, tiada aplikasi untuk tajuk tersebut.